Langkau ke kandungan

Ikon Password Manager: Simbol kunci dengan warna merah, biru, kuning dan hijau yang setara bahagiannya.

Log masuk secara mudah, kata laluan yang kukuh

Google Password Manager menyimpan kata laluan anda dengan selamat dan membantu anda log masuk dengan lebih pantas.

Pengalaman log masuk yang dimudahkan

Anda tidak perlu mengingati atau menggunakan kata laluan yang sama pada pelbagai laman atau apl. Log masuk ke laman dan apl pada sebarang peranti dengan Google Password Manager yang terbina dalam Chrome (pada semua platform) dan setiap apl Android.

Pengalaman log masuk yang dimudahkan

Anda tidak perlu mengingati atau menggunakan kata laluan yang sama pada pelbagai laman atau apl. Log masuk ke laman dan apl pada sebarang peranti dengan Google Password Manager yang terbina dalam Chrome (pada semua platform) dan setiap apl Android.

Pintu bilik kebal tertutup dengan logo Google Password Manager pada pintu itu

Melindungi anda di latar belakang

Pasukan keselamatan kami sentiasa mencari pelanggaran data. Sekiranya kami menemukan kata laluan yang terjejas, kami akan memberitahu anda dan membantu anda menukar kata laluan itu dalam hanya beberapa langkah.

Pastikan setiap kata laluan adalah kukuh

Pastikan setiap
kata laluan adalah kukuh

Semakan Kata Laluan mengenal pasti isu keselamatan dengan kata laluan anda secara automatik dan membantu anda membetulkan akaun yang berisiko.

Tetingkap timbul mudah alih menunjukkan pengguna bahawa mereka mempunyai akaun dalam talian dengan kata laluan yang terjejas
Tetingkap timbul mudah alih menunjukkan kata laluan yang selamat dan disulitkan, diwakili oleh titik hitam.

Tingkatkan keselamatan anda

Tingkatkan keselamatan anda

Tambahkan lapisan keselamatan pada kata laluan anda dengan penyulitan—untuk memastikan bahawa anda sahaja yang dapat melihat kata laluan anda.

Import kata laluan dengan mudah

Import kata laluan dengan mudah

Tambahkan kata laluan daripada pengurus kata laluan lain dalam beberapa saat dan terus gunakan kata laluan itu. Untuk menjamin permulaan yang selamat, kami akan memberitahu anda jika mana-mana kata laluan yang diimport adalah tidak selamat.

Tetingkap timbul mudah alih bertanya pengguna jika mereka mahu mengimport kata laluan.

Bersedia untuk anda

Google Password Manager menyimpan kata laluan anda secara selamat di satu tempat. Anda boleh menggunakan ciri ini pada sebarang peranti, pada bila-bila masa dengan Google Account anda pada Chrome atau Android.

Komputer riba, komputer meja, tablet dan peranti mudah alih menunjukkan skrin Password Manager yang berbeza.
Komputer riba, komputer meja, tablet dan peranti mudah alih menunjukkan skrin Password Manager yang berbeza.

Ketahui lebih lanjut tentang Google Password Manager

Sediakan Google Password Manager pada Chrome atau Android

Google Password Manager terbina dalam penyemak imbas Chrome dan peranti Android, yang bermaksud anda tidak perlu memasang apl ini. Pada Chrome, hidupkan sahaja penyegerakan. Manakala pada Android pula, pilih Google sebagai perkhidmatan autolengkap anda dengan melawati Tetapan, mencari "perkhidmatan autolengkap", dan memastikan bahawa "Google" dipilih.

Gunakan Google Password Manager pada iOS

Google Password Manager pada iOS berfungsi paling berkesan apabila digunakan dengan penyemak imbas web Chrome. Mula-mula, hidupkan penyegerakan dalam Chrome. Kemudian, jadikan Chrome sebagai perkhidmatan Autolengkap Kata Laluan anda:

  • Buka Tetapan pada iPhone atau iPad anda.
  • Tatal ke bawah dan pilih Kata Laluan.
  • Pilih Autolengkap Kata Laluan, kemudian Chrome.
  • Pilih Hidupkan Autolengkap.

Setelah anda memilih Chrome sebagai penyedia autolengkap, anda juga boleh menggunakan Google Password Manager pada mana-mana apl pada telefon iOS anda:

  • Pada iPhone atau iPad anda, pergi ke apl yang ingin dilog masuk.
  • Pada halaman log masuk, ketik medan nama pengguna atau kata laluan.
  • Dalam papan kekunci, pilih Kata Laluan.
  • Untuk membenarkan autolengkap, anda mungkin perlu log masuk ke peranti anda sekali lagi.
  • Pilih kata laluan yang ingin digunakan.

Lihat dan gunakan kata laluan

Kata laluan anda disimpan dalam Google Account anda. Untuk melihat senarai akaun dengan kata laluan disimpan, pergi ke dalam mana-mana penyemak imbas atau Untuk melihat kata laluan, anda perlu log masuk sekali lagi.
  • Untuk melihat kata laluan: Pilih akaun dan kemudian pratonton kata laluan anda.
  • Untuk memadamkan kata laluan: Pilih akaun dan kemudian Padam.
  • Untuk mengeksport kata laluan: Pilih Tetapan dan kemudian Eksport kata laluan.

Ketahui cara Google memastikan maklumat anda selamat dan dirahsiakan

Kami melindungi data anda dengan keselamatan lanjutan Perkhidmatan Google, seperti Chrome, mempunyai keselamatan terbina dalam. Ini bermaksud bahawa anda dilindungi daripada laman berbahaya, perisian hasad dan ancaman lain. Dengan Google Password Manager, kata laluan anda dilindungi dan disulitkan. Di samping itu, kami telah membina alat privasi yang membolehkan anda mengawal cara data anda digunakan.

Import kata laluan anda tanpa kehilangan apa-apa

Anda boleh bertukar kepada Google Password Manager dalam tiga langkah.

  • Pergi ke pengurus kata laluan bukan Google anda dan muat turun kata laluan anda sebagai fail CSV.
  • Import kata laluan ke Google Password Manager. Pergi ke passwords.google.com dan pilih Tetapan > Import > Pilih Fail.
  • Padamkan fail kata laluan CSV yang anda muat turun supaya fail itu tidak boleh terjejas atau diakses oleh penggodam.

Eksport kata laluan daripada Google Password Manager

Pergi ke Tetapan dalam Chrome atau Android, dan kemudian pilih Kata Laluan. Kemudian, pilih "Eksport kata laluan." Anda juga boleh mengeksport kata laluan dalam Tetapan di passwords.google.com.

Ketahui cara kata laluan anda kekal selamat meskipun apabila anda telah log keluar daripada Chrome.

Jika anda telah log keluar daripada Chrome, kata laluan anda kekal di simpan secara setempat—yang bermaksud kata laluan itu hanya tersedia dalam Chrome dan tidak tersedia pada peranti lain.

Logo Chrome, logo Android dan logo IOS

Mula melindungi
kata laluan anda melalui cara yang lebih mudah

Chrome

Skrin Tetapan yang tertera "hidupkan penyegerakan."

LANGKAH 1

Log masuk dan hidupkan penyegerakan

Log masuk ke Chrome dan hidupkan penyegerakan untuk melihat kata laluan anda pada semua peranti anda.

Skrin putih yang bertanya "Simpan kata laluan?"

LANGKAH 2

Simpan kata laluan pada laman web

Apabila anda memasukkan kata laluan baharu pada laman web, Chrome akan menawarkan bantuan untuk menyimpan maklumat tersebut. Pilih Simpan. Lihat dan urus kata laluan anda pada bila-bila masa dalam Tetapan.

Skrin putih yang menunjukkan profil pengguna

LANGKAH 3

Log masuk pada semua peranti anda

Log masuk ke Chrome pada komputer riba dan peranti mudah alih anda Apabila anda melawati laman web selepas ini, Chrome akan dapat mengisi nama pengguna dan kata laluan anda.